Anugerah dan pengiktirafan Amir_Hamzah

Amir sudahpun menerima pengiktirafan meluas daripada pemerintah Indonesia, mula-mula dengan pengiktirafan pemerintah daerah Sumatera Utara tidak lama selepas kematian beliau.[129] Dalam tahun 1969 beliau dianugerahkan "Satya Lencana Kebudayaan" dan "Piagam Anugerah Seni".[130] Dalam tahun 1975 beliau dinobatkan sebagai Pahlawan Kebangsaan Indonesia.[8] Sebuah taman di Jakarta, Taman Amir Hamzah, terletak berdekatan dengan Monumen Nasional Indonesia.[70] Sebuah masjid di Taman Ismail Marzuki, yang dibuka dalam tahun 1977, juga dinamakan sempena nama beliau.[131] Beberapa batang jalan juga dinamakan sempena Amir, termasuk jalan-jalan di Medan,[132] Kota Mataram,[133] dan Surabaya.[134]

Teeuw menganggap Amir sebagai pemuisi Indonesia kelas antarabangsa tunggal sebelum Revolusi Nasional Indonesia.[1] Chairil Anwar menulis yang Amir adalah "kemuncak pergerakan Pujangga Baru", dan menganggap Nyanyi Sunyi sebagai "lampu terang yang disulukan Amir terhadap bahasa baru";[128] bagaimanapun Chairil tidak menyukai Buah Rindu, dan menganggapnya terlalu klasikal.[135] Muhammad Balfas mengatakan bahawa karya-karya Amir adalah "hasilan penulisan yang terbaik yang merentasi zaman".[136] Karya-karya Amir, khususnya, "Padamu Jua", diajar di sekolah-sekolah Indonesia. Karya Amir juga satu daripada ilham buat lakonan pentas pascamoden Biografi Yanti setelah 12 Menit penulisan Afrizal Malna dalam tahun 1992.[137]

HB Jassin menggelar Amir "Raja Penyair Pujangga Baru", rangkap yang beliau gunakan buat judul bukunya tentang Amir.[1] Dalam penutup bukunya, Jassin menulis:

... Amir bukanlah seorang pemimpin bersuara lantang mengerahkan rakjat, baik dalam puisi maupun prosanja. Ia adalah seorang perasa dan seorang pengagum, djiwanja mudah tergetar oleh keindahan alam, sendu gembira silih berganti, seluruh sadjaknja bernafaskan kasih : kepada alam, kampung halaman, kepada kembang, kepada kekasih. Dia merindu tak habis2nja, pada zaman jang silam, pada bahagia, pada 'hidup bertentu tudju'. Tak satupun sadjak perdjuangan, sadjak adjakan membangkit tenaga, seperti begitu gemuruh kita dengar dari penjair2 Pudjangga Baru jang lain. Tapi laguan alamnja adalah peresapan jang mesra dari orang jang tak diragukan tjintanja pada tanah airnja.
—H.B. Jassin, Jassin (1962, p. 41)

Rujukan

WikiPedia: Amir_Hamzah http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://www.tempo.co/read/news/2010/06/28/161259138... http://books.google.com/?id=NbY3AAAAIAAJ http://books.google.com/?id=WV2YT6OuTmsC http://books.google.com/?id=YVSjHAAACAAJ&dq= http://books.google.com/?id=xXjiAAAAMAAJ http://books.google.com/books?id=4DHFijnwBk4C&pg=P... http://books.google.com/books?id=CWJMbS4NwhwC http://books.google.com/books?id=M6zs7VN9PnEC&pg=P...